.

Chatting

POSTING

Kepada sesiapa yang ingin menghantar komen-komen pada sesuatu "posting", sila klik pada tajuk yang hendak dilihat. dan anda akan melihat secara langsung dan khusus kepada tajuk berkenaan. ini akan memudahkan anda menghantar komen. komen-komen yang dihantar hendaklah bersih daripada isu sensitiviti dan tidak menyalahi undang-undang. Pihak moderator tidak akan bertanggungjawab sebarang risiko dan berhak memadam sebarang komen yang dirasakan perlu tanpa sebarang notis. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila berhubung kepada moderator.

Sekian,

Friday, August 10, 2007

~~RAHSIA KAUM HAWA~~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang
bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia
sedang
menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas
kamu menyakiti hatinya, lebih baik
kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan
maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang
dia benci
tentang orang yang paling dia sayang
(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta
dengan
sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair
seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi
selalu
tidak tau macam mana nak menerima
pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang
sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab
ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu
tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan, dia
akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,
biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya kamu masih
ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah
tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan
adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati
mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan
yang
mereka ni lansung tak berguna.

Saturday, July 28, 2007

Lawak Politik~~

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah
dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?" Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu.
Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa
depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung
tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".




magic!!

Korang laki ka pompuan..th is is the fact!!





Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....



Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!











OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara
ini.."

aduhai 4 org Isteriku....

Aduhai 4 Orang Isteriku!

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari





*bujang

bahaya kawin ngn programmer!!

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "


*maen game

3 PERTANYAAN DIJAWAB DENGAN SATU TAMPARAN

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air.
Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang
guru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya­an saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak
mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki
unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari
saya hari ini?
Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang
menyakitkan untuk syaitan.




*kecil dan hina

CHECK IT OUT!!

Would like to know your mobile is original or not?!!

type # 6 0 # *

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:

43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5

- IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was Assembly on Emirates which is very Bad quality :(

- IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it¢s manufactured in Germany which is not bad

- IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it¢s manufactured in Finland which is Good

- IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality ...

- IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was Assembly on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!



*pakai henpon murah

Monday, July 16, 2007

BUDAK BOLA KPMIM(EX)

bekas skuad bola sepak KPMIM

skuad bola KPMIM ni telah byk menyumbang gol.. ehh kebolosan masa menyertai pertandingan di KPMIM pd masa dulu... hehehehehehehe~


myb fanatik ngn skuad kebangsaan lalu meniru dengan menerima kekalahan dari kemenangan


*KAKI BANGKU

Sunday, July 15, 2007

~MY BIG FAMILY~

keluarga sebelah mak di Pahang..

pada waktu Raya.. memang seronok dapat berkumpul ngn saudara mara sekali sekala..

macam² aktiviti dapat dilakukan ketika tu.. bakar lemangla.. masak ketupatla.. macam² lagi

tp.. sekarang.. masih tak tau adakah dapat berkumpul lagi macam tu... masing2 da kerja da ade tanggungjawab sendri..

entahlaa...


*makin dewasa makin kita jauh dari hubungan keluarga...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50....

ANGKA 5
Sempena Hari kemerdekaan skuad kebangsan kita juga bermurah hati memberi angka lima kepada negara lain dalam perlawanan Bola Sepak Piala Asia..

ADAT
negara Malaysia penuh dengan Budaya adat sopan yang tinggi...

Jadi.. bagi tidak ingin mengecewakan tetamu.. Malaysia tidak mahu negara lain pulang dengan tangan kosong..

MISI
Misi memang tinggi.. harapan mengunung... tapi... entahlaaa




*SUDAH LAMA TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN BOLA SEPAK NEGARA

Saturday, July 07, 2007

pengundi hantu didalam database SPR



budak umur 8 tahun leh ngundi kat ijok.. SPR register pengundi hantu..


cube korang kat semak daftar
pemilih SPR
http://daftarj.spr.gov.my
ic = 990518610029



pastu masukkan 1203758 kat ruangan kp.
ataupun pun masuk kan no ic beliau terus
990518610029.

pas tuh tgok btul2.. tgok ic die n kat
mana DUN die kena ngundi..

humm aku pun dah tak paham dah dengan politik malaysia sekarang nih.. gini
ker cara BN menang kat ijok..

Walau bagaimanapun, sekiranya pengundi ini dilahirkan pada tahun 1899, sekiranya beliau masih hidup pada hari ini, beliau sepatutnya akan berumur 108 tahun!

Jadi, tekaan yang paling tepat pada pendapat saya mengenai situasi ini adalah sama ada pengundi tersebut masih hidup (dan berumur 108 tahun alhamdulillah panjang umur), ataupun beliau sudahpun meninggal dunia, dan daftar pengundi ini masih 'outdated' dan belum diperbaharui/dikemaskini.

Sekian pandangan saya.

Salah satu kemusykilan... pilihanraya di Ijok...
SPR disyaki bersubahat dengan B.N bagi meraih kemenangan di Ijok... mybe diaorg da terdesak sehingga melakukan perkara tersebut..
entahlaaa anda tentukan samada betul atau tidak


*TIDAK MENYEBELAHI MANA² PIHAK....

Wednesday, July 04, 2007

SHOW ME THE MONEY~